Kasih Sayang Kakak dan Adik
Alhamdulillah aku dikurniakan anak sepasang, seorang kakak dan seorang lagi adik yg bakal jadi abg insyaallah bulan 7 ni. Dua beradik ni mempunyai karakter yang sangat berbeza. Bab bergaduh tu perkara biasa.Most of the time si kakak akan akan kacau adik dia main. Macam malam tadi, adik dengan khusyuknya tengah bermain dengan robot dan doremonnya, bila ibu bangun pergi toilet tak sampai seminit dengar dua beradik ni dah huru hara, si kakak dah marah-marah adik, adik dah menangis rupanya kakak ambil tempat dia susun robot. Ibu tarik nafas dalam-dalam. Tapi kakak ni walaupun suka kacau adik dia, kebanyakan benda yang dia dapat dia akan share dengan adik. Macam hari tu ibu singgah belikan kuih dekat tepi jalan, kakak nak bawak bekal pergi sekolah. Ingatkan dia makan semua, bila abahnya jemput balik sekolah, kakak cakap ada satu lagi kuih kakak simpan untuk adik. How sweet kakak, adik pon ambil dan terus makan.
Membesarkan anak-anak memang penuh cabaran, ibu berharap ibu dapat kekalkan detik indah ni.. ibu sayang sangat anak-anak ibu.
Kata Orang Cerdik
Monday, February 18, 2019
Wednesday, November 14, 2018
Rezeki Yang Tidak Diduga
ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH
Segala Puji Bagi Allah tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Badan rasa lain macam lately tapi perubahan yang ketara tak perasan sangat, kadang-kadang terasa pedih ulu hati, kadang-kadang terasa penuh sangat perut padahal baru makan sikit. Tumbuh pulak jerawat merata-rata dekat leher. Aku pulak memang jarang sangat naik jerawat. Terus terdetik dekat hari ni mengandung ke aku ni. Perasaan berbelah bahagi dah muncul, tgk muka anak-anak. Sembang kosong dengan kakak,
Ibu: Kakak, kalau dalam perut ibu ada baby, kakak nak baby perempuan ke lelaki
Kakak: Kakak nak baby perempuan lah
Ibu: Kalau baby lelaki macam mana, kenapa kakak nak baby perempuan
Kakak: Sebab kakak dah ade adik lelaki, kakak nak adik perempuan
SubahanAllah, ibu terkejut dengan jawapan yang dia bagi, macam mana dia boleh pikir sejauh tu.
Ibu pon tak sedap hati, badan pon rasa macam letih sangat, padahal tak buat kerja yang berat sangat pon, so idecide to do a pregnancy test. Sebelum buat tu macam-macam fikir, kalau betul mengandung macam mana, still berdebar walaupun anak dah no 3..haha
Jadi pagi ni buat lah pregnantcy test tu, dua line yang nyata dah timbul, Terus berdebar rasa hahaha

Tuesday, November 13, 2018
Doa Yang Termakbul
Kadang-kadang apa yang kita impikan akan jadi kenyataan, terdetik dekat hati nak sesuatu benda. Pada satu ketika tanpa kita sangka ALLAH makbulkan doa kita. Masa ni baru kita nampak betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya pencipta kita, so selalu keep in mind jangan pikir @ teringin benda yang pelik-pelik. Nanti Allah makbulkan permintaan kita yang pelik tu kan naya. Aku pernah alami situasi ni. Doa yang dimakbulkan, ni doa dalam hati je tau, bukan tadah tangan doa kuat-kuat
Situasi 1:
Aku ingat lagi masa tu aku mengandung anak pertama, aku PJJ dengan suami aku time tu dan meyewa bilik dekat rumah kawan sekerja aku yang mengandung anak pertama juga cuma dia due lambat sebulan dari aku. Satu hujung minggu ni kawan aku ni nak balik kampung, so aku akan tinggal sorang-sorang dekat rumah. Jadi rutin harian aku akan call bercerita dengan husband aku ni, Malam tu aku suarakan dekat dia datang lah temankan aku hujung minggu ni sebab xde orang kat rumah, rase seram duduk sorang-sorang kat situ. Suami aku ni pon berat hati nak pergi sebab kekangan kerja, waktu aku cuti tu dia kena kerja, aku pon terasa hati sangat, menangis lah aku dan dalam hati cakap biar jadi sesuatu kat aku sampai suami aku menyesal, bersungguh-sunguh lah aku nangis time tu. lepas dah puas menangis tu aku pergi bilik air dan lepas buang air kecil tu aku bleeding yg byk jugak. Seram sejuk aku time tu, ape lah doa benda yang bukan-bukan. Biasalah emosi menguasai hatikan
Malam tu lepas bleeding boleh tunggu sampai pagi kejut kawan aku tu, bila pikir balik rasa nak ketuk kepala sebab tak terus pergi hospital. Nasib baik lah anak aku tak ade apa-apa, semuanya selamat dan suami aku temankan aku hujung minggu tu. huhu
ade banyak lagi kejadian yang mana aku berangan benda tu jadi dan jadi betul-betul. Jadi kalau terlintas kat hati benda yang pelik-pelik aku akan istighfar banyak-banyak. Seram juga kalau terdoa dalam hati benda yang pelik-pelik
sekarang aku doa dalam hati, jadikanlah suami aku kaya raya dan sihat, aku nak jaga anak kat rumah goyang-goyang kaki, dapat duit ribu-ribu..hahahaha

Friday, April 12, 2013
Rajin
Kata orang.....
Nak pandai kena rajin bejar
Nak berjaya kena rajin usaha
Nak sihat kena rajin senam
dan
Nak masuk syurga kena rajin buat amal ibadat dengan Ikhlas kerana ALLAH
tapi........!!!!!!!!!!
KALAU MALAS APE PON TAK BOLEH...
Tuesday, April 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)